The Saviours
Sebaik saja myself tiba di tempat kerja, pandangan myself tertumpu kepada papan tanda yang menunjukkan senarai acara yang akan diadakan pada hari ini..Kebetulan salah sebuah dewan digunakan untuk majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi menghargai komitmen yang telah ditunjukkan sepanjang perkhidmatan.
Tidak kisah apa saja gelaran yang diberikan , Abang Bomba kita telah melakukan sehabis baik untuk menjaga keamanan kita semua... Mesti semua orang ingat peristiwa yang berlaku pada tahun lepas... Rancangan Majalah Tv3 ada cover kisah mereka...
Untuk sekian lamanya, menghargai peranan mereka untuk negara, bangsa dan semua... Kita ada drama Gerak Khas (PDRM), drama kedoktoran yang pernah ditayangkan di RTM yang myself tidak pasti tajuknya apa... tetapi lebih kurang Drama ER. Selain pelbagai profesion dengan adanya juga elemen patriotik, pelbagai terbitan drama bersiri, telemovie di layar kaca diterbitkan selain filem - filem di layar perak seperti Bukit Kepong, Darah Satria, Leftenan Adnan dan filem box - office pada tahun lepas , Polis Evo.
Melalui berita hiburan Astro Awani & Bernama :
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia sudah pernah didedahkan dengan kehidupan seorang anggota polis melalui drama bersiri Gerak Khas.
Tidak lama lagi, suka duka hidup anggota bomba pula bakal menjengah skrin televisyen menerusi drama berjudul Hero.
Hal itu diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Mohammad Mentek, menurut laporan Bernama.
Jika semuanya berjalan lancar, drama tersebut akan menemui penonton dalam tahun ini juga dan akan diterbitkan dengan kerjasama KRU Productions.
"Kalau polis ada drama ‘Gerak Khas’, Bomba pula ada ‘Hero’," katanya ketika berucap melancarkan penubuhan kelab kitar semula/alam sekitar sekolah-sekolah di Semporna, Sabah hari ini.
Drama itu, kata Mohammad, diharapkan dapat memberi inspirasi dan pendedahan kepada khalayak tentang kehidupan anggota bomba, sekaligus akan membawa masyarakat lebih menghormati profesion berkenaan.
P/s : Bagi mereka yang berkelapangan, nantikan siaran drama Hero.. To KRU Productions, keep up the good work..
Comments
Post a Comment