Eating Healthy, Makes Me Happy


Yesterday, I missed my tv programme at 8TV, Razif Hashim was back with Best In The World : Japan (every Thursday, 10.30pm) but don't worry, we can catch up back the show through Malaysian IPTV.

As we know, rakyat Jepun terkenal dengan amalan gaya hidup sihat termasuk dengan cara pemakanannya. Maka, adalah yang rasa tergugat dengan kegigihan mereka terutamanya wanita Jepun yang sentiasa nampak slim - melim, perkataan apa yang myself guna ni..

Haha...Our locals pun dengan tak nak mengaku kalah, cubalah ikut cara mereka tu... kita sememangnya sinonim dengan nasi dan hidangan makanan tempatan yang sememangnya superb dan tidak mampu ditolak mentah - mentah... Tetapi, our locals belum cukup gigih untuk betul - betul mengamalkan cara mereka tetapi kita boleh olah dengan mengikut cara kita, takdalah rasa tertekan sangat kan..

Salah satu inisiatif yang diusahakan oleh Jabatan Pertanian Malaysia, pasti semua yang ke pasar tani or whatever pasar, akan perasan dengan jualan sayur - sayuran, buah - buahan tempatan di bawah program MyGAP.

Sedikit info berkenaan MyGAP :

.:: MyGAP adalah penjenamaan semula Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM), Skim Amalan Ladang Ternakan (SALT) dan Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM).

.:: MyGAP adalah skim pensijilan yang komprehensif untuk sektor tanaman, akuakultur dan ternakan.

.:: Menghasilkan produk pertanian yang berkualiti dan selamat dimakan.

.:: Mengurangkan pencemaran alam sekitar dan membantu membangunkan industri pertanian negara yang mesra alam dan lestari.

Seronok membeli sayur - mayur pelbagai, dapat pula kalendar, sedikit kad pesanan dan sebatang pen sebagai usaha untuk menyebarkan maklumat betapa best nya produk tempatan yang dijual pada harga yang sangat berpatutan

Petikan dari akhbar Kosmo :

Salah seorang pembeli sayur di pasar tani, Hasyimah Mahmud, 33, menyuarakan kesyukuran kerana terdapat jaminan pada produk sayur yang dibelinya dengan adanya logo myGAP.

Katanya, dia pertama kali mendengar ada produk sayur dan buah yang terjamin selamat untuk dimakan kerana sayur yang ditanam tidak mengandungi racun berlebihan.

Menzahirkan kesyukuran, Hasyimah yang biasanya membeli di Pasar Tani Presint 3, Putrajaya berasa lebih yakin untuk membeli sayur yang akan dihidangkan kepada ahli keluarga.

Menurut seorang lagi pembeli, Ahmad Aliff Siddiq Salim, 45, dia berharap agar jualan produk itu akan berterusan bagi memudahkan dia dan pembeli lain mendapatkan hasil pertanian myGAP sama ada di pasar tani, pasar borong mahupun di pasar raya.

Promosi

Dia turut menyeru agar hebahan dan promosi dipertingkatkan lagi agar semua pengguna serta petani menyedari akan kepentingan memilih hasil pertanian yang dijamin selamat dengan hasil myGAP.

Para pengguna berhak untuk mendapatkan produk yang berkualiti dan selamat dimakan. Jabatan Pertanian sentiasa berusaha untuk memastikan ramai lagi pengusaha yang menjual hasil tanaman mereka agar dipersijilkan dengan myGAP.

Semoga usaha murni ini akan mendapat sambutan dan sokongan daripada semua pihak. Bukan harga murah yang dijanjikan, tetapi kesihatan keluarga anda yang kami utamakan.

ia turut menyeru agar hebahan dan promosi dipertingkatkan lagi agar semua pengguna serta petani menyedari akan kepentingan memilih hasil pertanian yang dijamin selamat dengan hasil myGAP.

Para pengguna berhak untuk mendapatkan produk yang berkualiti dan selamat dimakan. Jabatan Pertanian sentiasa berusaha untuk memastikan ramai lagi pengusaha yang menjual hasil tanaman mereka agar dipersijilkan dengan myGAP.

Semoga usaha murni ini akan mendapat sambutan dan sokongan daripada semua pihak. Bukan harga murah yang dijanjikan, tetapi kesihatan keluarga anda yang kami utamakan.


Comments

Popular posts from this blog

Chinta Chanduri

Louisa Clark & William Traynor

2 Months & 2 Days