Back To School 2016
Bersempena persekolahan yang di buka pada hari esok dan lusa mengikut kawasan A dan B, Tv3 menyemarakkan mood mereka yang masih di bangku sekolah dengan menayangkan drama Choral Speaking (Bicara Berirama) yang menemukan dua pelakon cantik dan berbakat besar iaitu Cristina Suzanne (Laila) dan Nadia Aqilah (Shima).
Kisah drama ini dimulakan Laila yang sering ditimpa pelbagai insiden buli dan kerenah Shima yang sering tidak berpuas hati dengan Laila dari zaman persekolahan, pengajian dan sehinggalah mereka membawa haluan masing-masing.
Sebagai guru bimbingan kepada pasukan sekolah masing-masing, akhirnya mereka dipertemukan. Bermulalah insiden provokasi yang dimulakan terlebih dahulu oleh pasukan Poetic People (Pasukan bimbingan Shima) dan Pendekar Pantun (Pasukan bimbingan Laila)... Like teacher,like student lah kan...Umpama,Like father,like son...Haha,apa punya pepatah inggeris yang myself gunakan ni...
Kesudahan drama ini menyaksikan mereka akhirnya berbaik-baik dan harus bersepakat kerana kedua-dua pasukan mereka akan bergabung bagi mewakili pihak negeri untuk bertanding di peringkat kebangsaan.
Myself tak pasti sama ada drama ini akan ada sekuelnya kelak.. Kalau ada,bolehlah menyaksikan bagaimana mereka bergabung termasuklah Iris (Konduktor Pasukan Pendekar Pantun) dengan Lola (Konduktor Pasukan Poetic People).
Comments
Post a Comment