#AJL 30 - Anugerah Juara Lagu 30
Based on previous last year entry, tidak banyak yang myself komen apabila lagu Apa Khabar (Joe Flizzow feat. Sona One) dinobatkan sebagai juara bagi AJL 29.
Beberapa jam sebelum siaran langsung AJL 30 di Tv3, myself meneliti hasil temuramah bagi ruangan Sensasi Bintang, muka surat 32 - 33.
Lirik yang mendepani zaman - Buddhi Hekayat (Penulis lirik untuk lagu Awan Nano - Hafiz Suip) : Baginya, AJL boleh dianggap sebagai pentas tradisi untuk lagu - lagu popular.
" Kalau tengok sejarah AJL, lagu - lagu yang dipertandingkan seperti Ghazal Untuk Rabiah dan Cindai misalnya, mampu membuatkan khalayak 'demam' kerana kualiti yang dimiliki lagu - lagu tersebut mampu bertahan lama, seterusnya dianggap sebagai malar segar," ujarnya yang menganggap lagu seperti itu yang patut diangkat sebagai juara.
Manakala bagi Pak Ngah - Lagu yang berbentuk metafora
" Pada pandangan saya, melodi sesebuah lagu itu kena bagus. Ia juga seharusnya mempunya komposisi yang menarik, pelbagai dan tinggi mutunya. Saya ambil contoh lagu ciptaan saya iaitu Nirmala. Kalau didengar, lagu itu mempunyai bentuk melodi yang pelbagai. Kedua, liriknya juga kena bagus. Saya lebih suka lirik yang berbentuk metafora," ujarnya.
Menerusi akhbar Kosmo (24 Januari 2016 - Ahad), kedua - dua mereka mempunyai pandangan tersendiri. Myself tidak mahu mengulas lanjut tentang busana yang dikenakan oleh pengacara popular, Fara Fauzana (pengacara rancangan Muzik - Muzik / AJL yang bertudung serta berimej muslimah), busana yang dikenakan oleh Dayang Nurfaizah serta masalah sound system yang sedikit sebanyak menganggu siaran langsung. Bab selang - seli persembahan oleh penerima AJL sebelumnya dan sedikit perbualan bersama pengacara dengan yang lain - lain pun myself tak nak komen lebih - lebih...
Senarai Juri AJL 30 :
1. Ly
2. Dato' Mokhzani Ismail
3. Helen Yap
4. Manan Ngah
5. Sharon Paul
6. Cat Farish
7. Joe Flizzow
8. Ad Samad
9. Edrie Hashim
10. Azmeer (Selaku Ketua Juri)
dan mereka telah sebulat suara memilih...
Juara Lagu - "Potret" - Akim & The Majistret (Hang Nadim / Kamar Empayar)
Naib Juara Lagu - "Assalamualaikum" - Faizal Tahir (Faizal Tahir, Mike Chan, Omar K, Ezra Kong & Audi Mok)
Tempat Ketiga - "Hanya Namamu" - Caliph Buskers (Edry Abdul Halim)
Vokal Terbaik - "Tak Pernah Menyerah" - Dayang Nurfaizah (Akid / Poji Samad)
Persembahan Terbaik - "Potret" - Akim & The Majistret (Hang Nadim / Kamar Empayar)
Tahniah kepada semua pemenang dan secara pandangan peribadi myself, lagu Potret secukup rasa dan layak dinobatkan sebagai juara AJL 30...
P/s : Rezeki nak kahwin bagi Akim Ahmad, seorang yang berbakat besar dan pernah menerima Anugerah MACP, kategori Anugerah Komposer Muda Berpotensi pada tahun 2014.
Comments
Post a Comment