1 Years & 8 Days


Masih myself ingat lagi dengan keadaan fizikal yang sudah mencecah body mass index (B.M.I) sebanyak 33.39 (agak-agaknya berapa kg lah masa tu kan...) dengan ketinggian 5'5,4" (kiralah sendiri berapa dalam cm.. hehe...) dan setelah berlaku satu insiden yang menimpa diri pada hari ke-2 tahun 2015, myself nekad untuk berubah demi menjaga kesihatan diri. 

Sepanjang tahun lepas,5 pasang kasut telah digunakan sehabis mungkin dengan macam-macam jenama, bajet kecil dan seringkas yang boleh.Myself pun bukanlah seorang atlit sukan termasyhur pun.. insan kerdil yang baru nak sedar betapa pentingnya untuk menjaga kesihatan....Bersungguh betul YB K.J menyeru kepada belia dan masyarakat melalui program #FitMalaysia, tetapi masih ada yang belum sampai seru untuk melakukan perubahan... Mungkin sebab takda teman yang sama minat atau tersilap teknik at certain part.. Ambil jalan mudah ke... Tak kisahlah walau apa jua cara, pastikan jangan sampai memudaratkan diri dan tiada apa yang terlewat,ambil masa la ya..

Koleksi kasut untuk tahun 2016? Baru dua pasang saja...Yang lain-lain bakal menyusul...Cuaca pula semakin hari semakin hangat,tidak mustahil mencecah lebih 40 darjah celcius...tu belum termasuk dengan macam-macam isu yang sedang berlaku... Tidak mengapa, hati bukan saja kena bertabah, mental fizikal harus seiring juga... Minumlah air secukupnya,aturlah aktiviti sukan outdoor dengan pilihan waktu yang sesuai supaya takda yang pengsan di tengah jalan,dehidrasi dan macam-macam lagi...


Tidak terlintas pun nak masuk bidang peragaan busana muslimah or whatever apatah lagi nak tangkap mee cintan,mee segera ke apa...Haha...sebab ada yang bersangka bukan-bukan,ada yang kata myself nak pasang badan, nak menarik perhatian.. Memang first impression sangat penting, for myself, inner beauty with brain and good attitude.. Hehe... So, there is no reason for myself to change, myself tetap seperti dulu, sempoi selamba.... Kalau ada yang perlukan bantuan, sokongan, myself boleh share apa yang sesuai...

Kebiasaannya, memang kalau dah berlaku sesuatu, dah sentap, fikir macam-macam, dengan sendirinya semangat tu akan ada... Orang cakap apa pun, buat muka selamba sardin saja... telinga tu memang kena jadi telinga kuali.. Keep it up, don't give up... tapi, biarlah tindakan itu bertempat, bersesuaian ya...

P/s : What is my current B.M.I ? Between 21.05 to 21.77... Vital stats ? S to M size (based on United States Men size because myself is not petite type or supermodel type...Hehe...)

Comments

Popular posts from this blog

Chinta Chanduri

Louisa Clark & William Traynor

2 Months & 2 Days