Entry 1 : Phenomenal Woman
Pertama kali bersiaran pada 29 Julai yang lalu..Bermula awal bulan Disember,atas permintaan ramai,drama bersiri ini telah kembali bersiaran setiap hari Sabtu & Ahad,pukul 7 malam di Tv3 sesudah drama bersiri Diandra melabuhkan tirainya.Watak Mak Cun (Mok Cun) diperkembangkan lagi sesudah telefilem Spain Oulss dan drama bersiri Ajaibnya Cinta.Sesudah kejayaan drama bersiri Mak Cun,kemudian dikembangkan lagi ke telefilem Sawadeeka Mak Cun yang bersiaran pada 24 September lalu.
Menerusi akhbar Metro Ahad hari ini,Erma Fatima memasang strategi untuk membawa drama bersiri Mak Cun ke layar perak dan animasi selepas kejayaan pementasan teater yang berlangsung di Istana Budaya sejak 14 - 22 November yang lalu ditambah pementasannya selama 3 hari.Ianya menjadi sejarah,lebih membanggakan kerana kutipan RM 1.2 juta yang diperoleh adalah hasil jualan tiket yang dibeli orang ramai dan bukan atas bantuan badan korporat.
Drama bersiri benar-benar menjadi fenomena dan myself yakin ia akan menjadi watak evergreen, diingati sampai bila-bila kerana kekuatan watak Mak Cun itu sendiri bersama dengan laungan keramatnya... "Aton...Mok nak jadi jutawan...!!"
P/s : Siapakah yang bakal meraih Juara Gegar Vaganza (Musim ke - 2) malam ini? Just wait and enjoy the show...
Comments
Post a Comment