Finally For This Year...
Myself dapat melihat wajah sugul kesemua pemain bola sepak Skuad Lang Merah termasuk Baddrol Bakhtiar yang kecewa kerana tidak dapat mengulangi kejayaan yang dicapai ketika Piala Malaysia 2008 di mana ketika itu mereka berjaya menewaskan Skuad Red Giant dengan keputusan 3 - 2.
Ada juga beberapa orang pemain senior yang pernah beraksi pada tahun 2008 ketika perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan ini dan malam ini sekali lagi mereka menggunakan semua pengalaman yang ada untuk beraksi sebaik mungkin.
Namun untuk aksi yang telah pun berakhir untuk malam ini dengan keadaan hujan,padang yang basah, lecak menampakkan betapa struggle nya kesemua pemain untuk bermain dan menyesuaikan diri dengan keadaan itu. Ketara benar melihat foundation Pasukan Kedah rapuh dan mudah dibolosi oleh Pasukan Selangor untuk separuh masa pertama.Separuh masa kedua juga menyaksikan kebangkitan Pasukan Kedah tetapi nampaknya tidak menjadi...
Sudah pasti Ahmad Hazwan Bakri tersenyum girang,menarik nafas lega kerana dapat menjadi wira Skuad Red Giant menewaskan Skuad Lang Merah pada malam ini dengan keputusan 2 - 0 yang dijaringkan dengan cemerlang bersama bantuan rakan sepasukan yang lain.
Bagaimana pula dengan prestasi Nazmi Faiz?Nampaknya beraksi dengan baik,berdisiplin dan tidak ada babak-babak yang menunjukkan sisi kenakalannya seperti yang berlaku ketika perlawanan menentang Timor Leste untuk Sukan Sea ke - 28 pada bulan Jun yang lepas.Apa-apa pun,what the past is past already.
Perlawanan akhir antara Selangor vs Kedah ini juga menyaksikan emosi pemain yang naik turun dengan banyak kad kuning yang dilayangkan oleh pengadil Muhammad Nazmi Nasaruddin (baru berusia 25 tahun) dan rasanya ada yang mungkin menyedari wajah macho nya dan mungkin akan tertanya-tanya napa jadi pengadil bola sepak bukan pemain..Haha...
Tahniah kepada Pasukan Selangor kerana menjuarai Piala Malaysia 2015 dan akan mewakili Malaysia untuk beraksi di Piala AFC 2016 bersama Pasukan JDT.For myself,kesemua pemain bola sepak tempatan telah melakukan yang terbaik.
P/s : Pemain bola sepak pilihan myself? Sudah tentu my beloved once :)
Comments
Post a Comment