Trustworthy, Loyalty & Love
Mungkin ada yang akan gelakkan myself sebab dah ketinggalan sangat untuk menonton drama yang menjadi fenomena ni..Honestly,Iam not Astro subscriber,televisyen di rumah pun on and off sebab kebanyakan masa myself banyak dihabiskan untuk urusan lain..Myself juga bukan peminat tegar untuk menonton drama bersiri melalui slot Akasia and bla bla bla..
Melalui saranan my beloved once yang suka Myself kekal happy go lucky,myself pun menonton drama Isteriku Bukan Tukang Masak dan as usual myself buat sedikit homework dan drama ini diadaptasi dari cerpen nukilan seorang gadis bernama Mimiey a.k.a Armisya Syamira,boleh lah review blognya.Tahniah untuk Mimiey sebab menghasilkan karya sebegini dan teruskan berkarya.
Drama ini tidak perlukan barisan pelakon hebat dan popular.Kisah pasangan suami isteri yang selamba,Adi (Ajak Shiro) yang bekerja sebagai pereka hiasan dalaman dan isterinya,Nur (Zara Zya) yang merupakan seorang guru.Pasangan ini bersahabat dengan Farid (Ungku Ismail) dan Rania (Wan Sharmila).Adi sebagai suami sedaya upaya cuba memujuk dan menarik minat Nur untuk belajar memasak tetapi Nur menolak cadangan itu mentah-mentah dan mengakui dirinya memang tidak berminat dengan hal-hal sebegini..Adi pasrah dengan keadaan itu sehinggalah Farid dan Rania yang membuat majlis kesyukuran bersempena kandungan Rania yang sudah masuk 3 bulan,menjemput seseorang yang pernah bertaktha dihati Adi,Hanna (Elizad Sharifuddin).
Lantaran kerana parents Hanna yang ingin menjodohkannya dengan lelaki lain,hubungannya dengan Adi yang terjalin ketika mereka sama-sama menuntut di kolej tidak dapat diteruskan.Mereka sememangnya pasangan yang begitu ideal dan Hanna pula seorang yang pandai memasak.Apabila Adi dan Hanna bertukar kad nama,mereka berhubung semula dan Adi banyak menghabiskan masa di restoran milik Hanna.Adi juga sanggup menipu Nur supaya dapat keluar dan meluangkan masa untuk bertemu dengan Hanna.
Rumahtangga mereka mula terganggu dan Rania menasihati Nur untuk belajar memasak tetapi masih belum dapat memikat selera Adi yang kerap kali muntah sebaik saja menjamah hidangan yang dimasak Nur dan ini benar-benar mematahkan semangat Nur.Berapa banyak insiden yang membawa kepada salah faham,kepercayaan yang tercalar menyebabkan Nur bersemuka dengan Hanna dan meminta Hanna menjauhi suaminya.
Keadaan semakin keruh dan Adi mengakui kesilapan dirinya... Semasa Adi membawa Nur ke suatu tempat...
"Sayang..keluar.."
"Buat apa you bawak I datang masjid ni?"
"Yang...Dekat masjid nilah,I menikah dengan you..."
"Dekat sinilah,I berjanji dengan diri I yang I akan sayang you..I berjanji dengan
Mak Bapak you.. Yang I akan sayang you sampai mati.."
"Yang...dalam hati I..hanya ada you jer Yang..."
Nur benar-benar hilang kepercayaan dan perlukan ruang untuk bersendirian walaupun Hanna telah memperkenalkan bakal suaminya kepada Adi dan Nur..Apakah kesudahan kisah ini?Luangkan masa untuk menontonnya...
P/s : Memang happening habis drama ini dan mengingatkan myself kepada drama lakonan Sharifah Amani dan Fahrin Ahmad,Dalil Cinta.
Comments
Post a Comment