Saving Each Other vs Love Each Other
Panjang betul tajuk entri kali ini,sebelum myself bergegas keluar dari hall,as usual myself duduk sebentar,menarik nafas lega untuk seketika.Sepanjang tempoh tayangan,pengunjung yang duduk di sebelah kanan dan kiri myself pun cukup berdisiplin dan sporting.
Mengimbas kembali momen-momen lama,sebelum myself meluangkan masa untuk menonton hari ini,sempat lagi membelek tiket wayang yang masih di simpan rapi.Siapa sangka,tanpa sebarang rujukan dan info mengenainya,filem ini ditonton buat kali pertamanya di Bukit Bintang KL pada 24 Mac 2012 (Sabtu) sebelum pergi ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan bola sepak tempatan,KL SPA vs Kelantan pada sebelah malamnya.
Habis menonton sekuel pertama ini,setelah myself membuat rujukan sendiri,I've decided to watch it for next sequel,from year to year...Based on this entry,Iam very sure for those who never read the books,can't wait to see the last moments from Mockingjay melaksanakan tugasnya terakhirnya dan berjayakah Presiden Alma Coin (Julianne Moore) menjadi tunggak baru bagi Capitol?
The Hunger Games : Mockingjay (Part 2) juga akan menyaksikan Peeta Mellark (Josh Huctherson) terkapai-kapai mencari identitinya sendiri disamping rasa cinta teramatnya untuk Katniss Everdeen (Jeniffer Lawrence) dan cinta tiga segi mereka akhirnya terungkai apabila Gale Hawthorne (Liam Hemsworth) rela mengundur diri kerana dia menyedari Katniss Everdeen lebih mencintai Peeta Mellark.
Namun ada sesuatu yang lebih memeritkan Katniss Everdeen apabila kematian teman-teman skuad 451 termasuk Boggs (Mahershala Ali),Finnick Odair (Sam Claflin) yang baru saja melangsungkan perkahwinan dengan Annie Cresta (Stef Dawson)..Katniss Everdeen juga kehilangan adik perempuannya,Primrose (Willow Shields)
Seperti yang semua harapkan Katniss Everdeen akan menamatkan riwayat Presiden Snow (Donald Sutherland) tetapi ia adalah sebaliknya..Terkejut? Bagi mereka yang telah pun habis membaca kesemua siri novel ini,pasti akan mengetahui siapa yang akan menjadi Presiden baru Capitol.
Berakhirnya sebuah epik yang dinantikan semua dan sinaran kebahagiaan terpancar jelas di wajah Katniss Everdeen bersama rumahtangga yang dibina bersama Peeta Mellark.Akhirnya penantian setiap tahun untuk menghabiskan menonton filem adaptasi novel hebat nukilan Suzanne Collins ini berakhir sudah.
P/s : Siri filem The Hunger Games merupakan siri filem kedua selepas kesemua siri Filem Batman (walaupun banyak versi) yang myself ikuti dari mula hingga akhir.
Comments
Post a Comment