Not Exactly The Same


Last night, dapatlah tengok Elizabeth Tan a.k.a  Lizzy perform live untuk lagu Knock Knock (Separuh Akhir Muzik-Muzik 30,1st round).Ada improvement dan keep it up girl.By the way, semasa membelek salah satu akhbar tempatan semalam,myself dikejutkan dengan berita ringkas berkenaan susunan muzik lagu tema drama Mencintaimu iaitu Setia (duet Faizal Tahir & Elizabeth Tan) yang ada persamaan dengan lagu Gold by Owl City.

Myself tidak menyebelahi mana-mana pihak tetapi perkara ini bukanlah sesuatu yang janggal dan pertama kali berlaku.Mungkin kerana Faizal Tahir salah seorang pemuzik yang berbakat besar,maka kurang molek lah kalau dia dihimpit isu-isu sebegini dengan alasan ketandusan idea.

Antara beberapa senarai lagu yang mempunyai sedikit persamaan dari susunan muzik :

Jaga Dia Untukku by Dato' Siti Nurhaliza vs Russian Roulette by Rihanna
Ruhi Kasih by Adira vs Dan Tak Mungkin by Agnes Monica
Cinta Ini Membunuhku by D'massive  vs  I Don't Love You by My Chemical Romance 
Dark Horse by Katty Perry vs Tinggallah Ku Sendiri by Nike Ardilla

Pada pandangan myself,walau apa pun alasannya sama ada kebetulan atau sedikit persamaan susunan muzik,lirik dalam lagu itu,karya terhasil dari inspirasi,eksperimental,pengalaman dalam banyak konteks bagi seseorang pemuzik itu.

Untuk mereka yang berbakat,teruskan bereksperimental.Usah tertekan kerana komen atau kritikan kerana negara kita masih kekurangan pemuzik,komposer yang berbakat.Teruskan bereksplorasi.


 Awan putih, awan gelap
Langit biru, tetap biru
Orang baru, orang lama
Dunia tetap, tetap sama

Sentiasa kita kan berubah
Tetap kita ada
Kewujudan membawa perpisahan
Terus berkekalan
Kekal di hatiku
Kekal di hatiku

Langit tetap biru

Sentiasa kita kan berubah
Tetap kita ada
Kewujudan membawa perpisahan
Terus berkekalan
Kekal di hatiku

Dan hanya tinggallah segala cerita
Tentang hebatNya
Tentang jiwaNya
Tentang hikmahNya

Awan putih, awan gelap
Langit biru, tetap biru
Orang baru, orang lama
Dunia tetap, tetap sama

Sentiasa kita kan berubah
Tetap kita ada
Kewujudan membawa perpisahan
Terus berkekalan
Kekal di hatiku

P/s : Untuk 1st round Separuh Akhir Muzik-Muzik 30,lagu Sampai Mati (Hazama) dipilih sebagai lagu terbaik.

Comments

Popular posts from this blog

Chinta Chanduri

Louisa Clark & William Traynor

2 Months & 2 Days