Free Upgrading With M a x i s / H o t l i n k


Once I do received this sms yesterday afternoon...

Hotlink : FREE 4G SIM UPGRADE to enjoy 10 x Faster internet than before! Promo ends 30/11, get it from your nearest Maxis Store now!

Myself pun antara 50 - 50 atau 60 - 40 sama ada nak gi upgrade ke tidak, belek phone kat tangan, masih kekal dengan Blackberry walaupun kat pasaraya Aeon Big dah masuk entah kali ke berapa buat promo,sales untuk pelbagai model termasuk Samsung phones dan tablet... Penurunan harga antara RM 20.00 ke RM 100.00 dari harga asal..,Tapi adakah ia Original set atau AP set?

Finally,myself decide untuk upgrade..Memudahkan penggunaan di masa akan datang...Majoriti phone dah guna micro atau nano sim card kan... Selesai menghantar kereta untuk di cuci walaupun tidak lah berapa kritikal sangat kotoran luarannya tetapi bila memandang kesan tanah, hujan dan sebagainya membuatkan nampak tak best... Kos cucian luaran sahaja cuma RM 5.00 ke 7.00... Dalam sebulan, adalah 2 kali myself pergi car wash sebab kawasan kediaman sekarang menyukarkan myself nak membersihkan kereta dengan kerap....

Urusan di kaunter bagi yang berkenaan tidaklah rumit mana, pastikan sms yang diterima masih ada dalam peti pesanan phone sebab ia perlu ditunjukkan sebagai bukti,setelah pengesahan dibuat,kad pengenalan diperlukan untuk mengimbas ibu jari bagi memastikan pengesahan diri pemilik no.talian. Tidak sampai 10 - 15 minit,pemilik no.talian akan dibekalkan kad sim baru dan diberikan kad tambah nilai berjumlah RM 5.00.Untuk pengaktifan kad sim baru,perlu menunggu dalam masa 30 minit. Kesemua langganan internet dan sebagainya yang terkandung dalam kad sim lama, dikekalkan dalam kad sim yang baru.

P/s : I've been used this one of the famous telco in Malaysia for more than 10 years....

Comments

Popular posts from this blog

Chinta Chanduri

Louisa Clark & William Traynor

2 Months & 2 Days