Entry 2 : Travelling Mr.Bear
Based on the previous entry...
Sebaik saja berada di Perth,Australia..Kedatangan Adit tidak disambut baik oleh Dr.Phan yang bersikap dingin dan semangatnya untuk membantu telah hilang apabila anak angkatnya sendiri menghidap kanser meninggal dunia...Dr.Phan yang masih menanggung keperitan kehilangan tersebut belum bersedia untuk meneruskan kerjaya dan kajiannya dalam bidang kanser.
Adit kemudian meneruskan pengembaraannya ke Tokyo,Jepun dan Chongqing,China.Di sini,kejadian Adit mengejar perompak jalanan yang mencuri wangnya benar-benar menguji diri Adit.Adit juga akhirnya sedia maklum akan usaha Kat sebagai seorang sukarelawan membantu masyarakat tempatan, antarabangsa yang hidup dalam kemiskinan,kesukaran untuk meneruskan kehidupan.Ketika inilah, Adit benar-benar membuka hati dan mindanya di mana walau dalam apa jua keadaan,kita harus tabah menghadapi bagi meneruskan kelangsungan kehidupan.
Sesudah berada di dua destinasi berkenaan,bagi menunaikan hasrat arwah anaknya,Adit ke Lombok, Indonesia dan ketika berada di sini,Adit mendapat perkhabaran akan keadaan situasi kesihatan Aishah yang semakin kritikal dan mengambil keputusan untuk segera pulang ke tanahair. Adit dan Aishah sempat bertemu sebelum meneruskan rawatannya.
Myself masih tidak boleh lupa bagaimana Zamani menyedari,mengakui kelemahan dirinya dan merasa malu kerana Suri jauh lebih tabah menghadapi apa yang sedang berlaku walaupun sebelum ini Zamani pernah berjanji dengan Suri,walau apa jua yang berlaku,mereka akan sama-sama tabah mengharungi tetapi Zamani kehilangan semangat dan dirinya kerana tekanan demi tekanan serta emosi yang membebani dirinya...
3 bulan kemudian...
Keadaan Aishah beransur-ansur sihat,hubungan kekeluargaan semakin erat,buku pengembaraan Adit dikeluarkan...Hubungan Adit dan Lisa juga semakin pulih...Sebagaimana,pulihnya kesihatan Aishah yang banyak memberikan impak kepada mereka semua..
Berinspirasikan dari kisah pesakit kanser kanak-kanak,bernama Nur Hasmime Hamid atau Mime akhirnya telemovie ini dapat dijayakan dengan penuh maksud yang tersirat dan tersurat...Bukan mudah untuk meletakkan diri sendiri di tempat orang lain...Semoga telemovie ini dapat membuka minda dan hati semua serta tabah dalam melalui ujian dari-Nya.
Comments
Post a Comment