After 3 years & 5 Days
On 3rd November 2012,when I spend my time at Bukit Bintang,KL...For the late night movie,I watched Skyfall and since that, I decided to wait for another sequel of James Bond which I never done it before..
And this afternoon,not in KL... I watch at one of the nearest shopping mall and before I watched this movie, I do a little bit of homework.. Sounds a little bit annoying there... Hehe... Spectre as an acronym for , Special Executive for Counter-intelligence, Terrorism, Revenge and Extortion... Just forget it, but it sounds more interesting to me on this words... "You're a kite dancing in a hurricane, Mr.Bond..." Ya,Bond sentiasa survive dalam apa jua keadaan...
Untuk filem kali ini,walaupun ada yang sudah memaklumkan kepada myself,ia tidak sehebat filem sebelumnya.Myself iyakan saja sebab lain orang,lain pandangannya.The best way is,kena tonton dulu baru boleh sharing and bla bla bla...
Apa yang myself boleh simpulkan sepanjang 2 jam lebih menontonnya walaupun pada awal-awalnya pengunjung di sebelah kanan myself tidak henti-henti bercakap dan pengunjung disebelah kiri pula memakai wangian yang harumannya agak menganggu myself...Haha...Akhirnya,kesemua rasa itu lenyap pergi sebaik saja aksi kejar mengejar,letup meletup di Bandar Mexico kemudian dengan pembukaan filem dengan lagu Sam Smith yang membuai perasaan...
Watak Lucia Sciarra dilakonkan Monica Belluci hanya beberapa babak saja kalau nak dibandingkan dengan watak Dr.Madeleine Swann yang dilakonkan Lea Seydoux yang merupakan cinta hati baru menggantikan Vesper Lynd.Untuk kali ini,Bond meneruskan misi dalam senyap setelah menerima pesanan terakhir melalui rakaman pita video M (Judi Dench). Cincin yang dirampas dari Marco Sciarra (Alessandro Cremona) dengan logo yang myself sangka kan labah-labah (spider) rupa-rupanya Octopus dan melalui cincin inilah segalanya dirungkai dengan kebijaksanaan Q yang dilakonkan oleh Ben Whishaw (myself first time tengok dia berlakon dalam filem Perfume : The Story Of Murderer).
Ralph Fiennes sebagai M yang baru,bergelut dengan kerenah C / Max Denbigh (Andrew Scott) yang sedaya upaya ingin menutup Double O dengan memperkenalkan agensi baru bernama Nine Eyes yang menggabungkan kesemua servis di mana kesemua identiti/data dan sebagainya dapat diakses secara menyeluruh.
Hanya kerana perasaan cemburu melihat Ayah kandung sendiri melebihkan orang lain,Franz Oberhauser/Ernst Stavro Blofeld (Christoph Waltz) sanggup melakukan apa sahaja terhadap Bond demi memuaskan rasa amarah,dendamnya dan tergamak membunuh Ayah kandung sendiri.Apakah kesudahannya, adakah dia mati di tangan Bond?
Kesimpulannya, aksi kejar mengejar, letup meletup adalah sinonim dengan James Bond dan termasuklah adegan panas yang lain.. Hehe.. Apa yang terbaru untuk kali ini,suntikan ke dalam tubuh Bond bagi mengesan pergerakannya di mana saja dan ciptaan kereta prototaip oleh Q iaitu kereta baru Aston Martin DB10 yang akhirnya tenggelam di dalam Tibet River di Rom selepas babak kejar mengejar...
P/s : Nantikan sekuel Bond 25 yang tidak pasti bila tarikhnya di mana ia adalah filem terakhir bagi Daniel Craig sebagai James Bond.Tunggu dan lihat....
Comments
Post a Comment