Travel During Fasting
Only 5 days left before kita semua memulakan ibadah puasa untuk tahun ini,.Semoga kedatangan bulan ramadan kali ini,masing-masing sudah buat persiapan.. Bukan persiapan untuk makan minum berlebihan tetapi cukup sekadarnya...
Berkongsi pengalaman myself bercuti sambil bekerja di bulan ramadan hampir 10 tahun lalu memang antara pengalaman yang tidak boleh dilupakan memandangkan waktu itu myself masih lagi tidak terikat dengan waktu bekerja pejabat selama 8 - 9 jam sehari.Tiada kekangan kuat di situ memandangkan tidak perlukan permohonan dan persetujuan..The most important task kerja dapat dilaksanakan seperti yang diaturkan.
Cabarannya bercuti pada time zone yang berbeza dan mencari tempat makan yang sesuai bergantung kepada destinasi yang dikunjungi.Mungkin,waktu berpuasa jadi pendek atau panjang dan lupakan nak berbuka puasa dengan Kuih Tepung Pelita,Ayam Percik,Murtabak,Air Katira dan bla bla bla..Mujur yang ini tidak jadi isu besar sangat untuk myself.. Yang penting dapat mengerjakan ibadah puasa tanpa gangguan dan orang asing hormat kita dah bersyukur sangat...
Kali terakhir myself bercuti tanpa melibatkan soal kerja adalah sekitar tahun 2011 dan sesi bersoal jawab dengan penyelia yang ingin memberikan pelepasan akhirnya settle itupun setelah hampir 1 bulan.Adakah myself ambil cuti rehat tahunan lebih daripada 1 bulan? Haha, cuma 2 - 3 hari saja tetapi menjadi 1 minggu kerana ada hari Sabtu,Ahad termasuk hari kelepasan am tambahan..tetapi itulah isu panas yang menjadi perdebatan memandangkan tugas myself terikat dengan terma penggiliran.. Yang ini akan kekal sehingga bersara wajib kecuali dapat tawaran ke perjawatan lain.. Mungkin berubah fikiran nak bersara pilihan..
Antara yang bestnya bercuti semasa di bulan ramadan,bajet percutian dapat diminimakan kerana kadar bayaran hotel rendah pada waktu ini tidak kisahlah pada bukan waktu puncak atau waktu puncak... Rasa-rasanya semua dah sedia maklum tentang bukan waktu puncak dengan waktu puncaknya kan.. Room availability juga tidak perlu dirungsingkan sebab pilih saja nak yang mana dan paling best kalau ada yang bermurah hati menawarkan suite room lain tetapi pada harga standard room..
Bazar ramadan juga antara tempat yang boleh dikunjungi tetapi belilah dengan kuantiti yang ala kadar,tidak usahlah berlebihan..Masa ini juga kita nak tengok budaya penduduk setempat,juadah apa yang popular..Sebagai contoh,di negeri Perak ada Kuih Kalakatar.Other than that,seronok-seronok bercuti juga tetapi tidak menjadi masalah untuk kita mengerjakan Solat Sunat Tarawih,selain beramal ibadat,dapatlah kita beramah mesra dengan penduduk setempat, join aktiviti moreh ke dan sebagainya.
Mostly aktiviti myself semasa bercuti bergantung kepada lokasi yang myself kunjungi,kalau kata nak main layang-layang,kejar mengejar di sawah bendang,carry on jer tetapi jangan renyah sangat atau sampai terbatal puasa..Hehe.
Selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak 2015/1436.
Comments
Post a Comment