Survivor Love


Based on my experience dalam perkara yang melibatkan hati dan perasaan,bercintan cintun ini memang boleh tahan juga. Myself hanya tersenyum lebar bila salah seorang staf yang merawat myself menanyakan myself bagaimana untuk mengekalkan hubungan jarak jauh dan berhubungan dengan seseorang yang usianya lebih muda atau berusia dari diri kita,tidak kisah sama ada lelaki atau perempuan..

Back to the basic,kena tanya diri kita kenapa kita pilih dan decide untuk bersama dengan seseorang itu.Bolehkah kita terima apa buruk dan baik dirinya?Adakah kita boleh berikan apa yang diharapkan nya?Kita boleh jadi seorang yang setia dan bersungguh-sungguh untuk mengekalkan rentak hubungan walau di mana jua beradanya? Punyalah banyak tanda soalan,persoalan,dipersoalkan,eh eh eh...

Kita kena set minda dan niat kita,kalau kedua-dua ini seiring sejalan,berada di landasan yang betul, semua urusan akan dipermudahkan walaupun setiap kali kita merintih kerinduan,makan tidak kenyang, mandi tidak basah,tidur tidak lena..Oh risaunya kalau dia dikebas orang and whatever,bla bla bla..Oh, hal ini bukan seorang saja yang praktikkan, kalau dah kata bercinta,sanggup susah senang bersama,kenalah kedua-duanya mempraktikkan dan yang penting kerjasama.. bunyi dah macam kartun Wonderland,tetapi itulah kebenarannya.

Sebab itu bukan masa mendirikan masjid baru nak belajar erti memikul tanggungjawab atau berkomitmen tetapi apabila termeterainya lafaz "I love you,wo ai ni,chan rak ter.." bermulalah satu lagi tanggungjawab yang harus dipikul tapi takdalah berlebih-lebihan macam pasangan yang dah bernikah..Jadi,sebelum kita semudah-mudah nak cakap bersayang-sayang ni,apa kata kita muhasabah diri dulu dan tanya pada diri,boleh ke tidak diri ini nak bercintan cintun hingga ke jinjang pelamin dan sampai ke jannah?

Cinta itu suci ya dan usahlah mengeruhkannya apabila berlakunya godaan,rintangan,dugaan,cabaran dan paling dahsyat tidak dapat restu keluarga atau tidak ada jodoh,pertahankanlah selagi boleh dengan cara yang sebaik-baiknya bukan melebihi batasan.I admit I've learned from my past time and what the past is past already.

Myself faham,kita hidup bermasyarakat,masing-masing ada hak untuk bersuara,memberi pendapat, cadangan,nasihat dan sebagainya tetapi yang baik kita jadikan panduan,yang kurang baik,kita ketepi kan tetapi jadikan iktibar juga.Usahlah buruk sangka dan being negative if ada news yang bertajuk, wanita lewat berkahwin kerana kerjaya,lelaki lewat berkahwin kerana belanja hantaran tinggi,bla bla bla..

Cinta kadang-kadang hadir tanpa diundang,rasa cinta juga kadang-kadang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata..Hadirnya keserasian (chemistry) kemudian dieratkan lagi dengan mencari persamaan melalui perbezaan yang ada pada diri dan masing-masing bersungguh-sungguh untuk saling memberi yang terbaik demi kelangsungan perhubungan.

Tiada siapa yang sempurna,belajarlah untuk membuka hati,berlapang dada..Tidak kisah lah seorang di utara atau di ibu kota,lebih muda atau berusia,kalau 2 hati sudah menjadi satu,umpama lagu tema drama Ku Cinta Kau Seorang..


(haa aaa...haa aa)
andai engkau tau betapa ku mencinta
selalu menjadikanmu isi dalam doaku
ku tahu tak mudah menjadi yang kau minta
ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya

[reff:]
jika aku bukan jalanmu
ku berhenti mengharapkanmu
jika aku memang tercipta untukmu
ku kan memilikimu
jodoh pasti bertemu

andai engkau tahu betapa ku mencinta
ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya

[reff]

(ku tuliskan dinadiku, kau yang tercipta untukku, akan memilikimu)

ooooo
jika aku bukan jalanmu
ku berhenti mengharapkanmu
jika aku memang tercipta untukmu
ku kan memilikimu 
(jika aku bukan jalanmu)
ku berhenti mengharapkanmu
jika aku memang tercipta untukmu
ku kan memilikimu
jodoh pasti bertemu...

Comments

Popular posts from this blog

Chinta Chanduri

Louisa Clark & William Traynor

2 Months & 2 Days