Handling And Reduce


Petikan dari Majalah Mingguan Wanita,Bil:1643|15 - 21 Mei 2015|Muka surat : 57

5 Cara Mudah Hilang Stres

Tiada individu suka pada stres kerana ia membuatkan diri tidak bersemangat selain mudah hilang fokus. Sebenarnya,tubuh kita telah dirancang untuk menenangkan diri sendiri setelah berhadapan dengan kejutan.

Bagaimanapun ada ketika kita tidak mampu mengendalikannya.Usah bimbang kerana terdapat banyak cara yang boleh dipraktikkan bagi mengurangkan tekanan.Antara yang dicadangkan ialah :

Mencuci Tangan Dengan Air Hangat
Secara semulajadi,cara ini dikatakan mampu mengurangkan rasa stres yang dialami.Dengan merendam salah satu bahagian tubuh ke dalam air hangat maka ia sebenarnya membantu menenangkan sistem parasimpatis.

Mendengar Muzik
Terdapat satu kajian menunjukkan bahawa kombinasi penyanyi dan getaran muzik berupaya menyuntik kesan positif ada tekanan darah.Justeru,menyanyilah sesuka hati anda mengikut muzik dan lagu yang digemari,bergembira bersama momen yang dilalui agar tekanan yang dirasai semakin berkurangan.

Melakukan Memek Muka Lucu
Sesekali,tidak salah kita bersikap sedikit kebudak-budakan,lebih-lebih lagi ketika stres.Jika tidak dikawal,ia boleh membuatkan kepala semakin sakit.Lazimnya,orang akan mengerutkan kening dan mengecutkan bibit kerana menahan stres.Jadi,bagi melegakannya maka lakukan sesuatu dengan wajah seperti membuat ekspresi wajah lucu atau ketawa sebesar-besarnya.

Membuat Catatan Di Kertas
Apabila diri merasa stres,mungkin anda boleh mempraktikkan cara dengan membuat sedikit catatn yang kurang jelas di kertas. Dikatakan,cara ini sangat efektif bagi mengurangkan paras tekanan sekali gus menjadikan anda lebih relaks.

Menyentuh Bibir
Mungkin ia kedengaran pelik tetapi yakinlah bahawa anda pernah melakukannya.Ketika stres,pastinya anda teringin makan sesuatu yang digemari.Percaya atau tidak,dengan menyentuh bibir berupaya menjadikan diri lebih tenang terutamanya ketika stres.Malah dipercayai juga bahawa kaedah tersebut menjadikan sistem saraf lebih tenang sekali gus mampu berfungsi dengan baik.

Comments

Popular posts from this blog

Chinta Chanduri

Louisa Clark & William Traynor

2 Months & 2 Days