Dreams,Hopes & Loves



This is my second time watching this movie...Bukanlah disebabkan ketampanan Shahid Kapoor (Rohan Singh) atau kejelitaan Rani Mukherjee (Veera Kaur / Veer Pratap Singh) yang membuatkan myself tertarik untuk menonton filem ini dari awal sehingga habis..tetapi disebabkan jalan ceritanya yang lain dari yang lain...Bukan sahaja berkisarkan cinta tetapi lebih daripada itu...

Rohan Singh yang tinggal berjauhan di kota London dan bapanya,Vikram Singh (dilakonkan oleh aktor Anupam Kher) tinggal sendirian di India,akhirnya perhubungan dua beranak yang renggang menjadi erat kerana sebagai satu-satunya anak lelaki tunggal di dalam keluarga,Rohan Singh pasti tidak mahu menghampakan impian, harapan Ayahnya untuk menjuarai Piala Aman di mana acara sukan Kriket yang diungguli oleh Pasukan Kriket Pakistan saban tahun.

Perhubungan dua anak ini menjadi bertambah erat dengan kehadiran Veera Kaur yang membuatkan Rohan Singh terpaut walaupun pertemuan pertama mereka menyaksikan betapa kasarnya Veera Kaur sambil mengunyah tebu di atas lori..Haha...

Tetapi kepercayaannya tercalar apabila mengetahui Veera Kaur sanggup menyamar sebagai lelaki dan merahsiakan identitinya demi mendapatkan tempat untuk menyertai Pasukan Kriket India...terganggulah rentak perlawanan disebabkan rasa amarah Rohan Singh yang merasakan dirinya tertipu..

Namun,keegoan yang menebal itu akhirnya terlerai jua kerana perasaan kasih sayang dan nasihat seorang Ayah dan cinta yang mendalam untuk satu-satunya wanita yang for myself cukup sempurna untuk melengkapi kehidupan Rohan Singh yang aktif bersukan dan mementingkan budaya tempatan walaupun tinggal di kota urban.

Thanks a lot to Tv3,one of the best movie's choice for Father's Day 2015.Hope next year,there will be more awesome movie for this special day.

P/s : My beloved once ada berpesan supaya myself tidak begitu touching,feeling habis bila menonton filem ini..Hehe...Tapi,takda maknanya sebab ending cerita ni beri mesej yang begitu mendalam especially during Veera Kaur's speech on stage.

Comments

Popular posts from this blog

Chinta Chanduri

Louisa Clark & William Traynor

2 Months & 2 Days