Our 1st Day Of Year 2015
Beberapa hari sebelum menjengah ke hari ini...seperti yang semua sedia maklum kita dikejutkan dengan pelbagai kisah sama ada suka mahupun duka tetapi walau bagaimanapun,life must goes on in every situation..Everything happens for a reason..telah ditetapkan oleh yang Maha Esa.Semoga kita sentiasa bermuhasabah diri...
Musibah yang melanda negara kini di dalam fasa beransur - ansur pulih dengan keadaan cuaca yang baik sedikit sebanyak melegakan hati dan perasaan semua orang dan semoga masih ada insan - insan yang sudi menghulurkan bantuan dengan apa cara sekali pun sesuai dengan kemampuan kita...yang penting nawaitu di dalam diri seiring dengan keikhlasan serta kejujuran..
Tirai tahun 2014 for myself dilabuhkan dengan beberapa insiden.Antaranya.. : -
.:: My senior yang dikenali sejak 7 tahun ++ yang lalu akhirnya ditukarkan penempatan ke unit dan jabatan baru.Semoga pertukaran dan perpindahan ini akan melegakan rasa gelodak hatinya yang naik turun sejak ditempatkan bersama - sama dalam tempoh 2 tahun ++ di sebuah unit yang termometernya sentiasa menunjukkan suhu susah sangat nak turun.. Haha..My senior bakal bersara dalam tempoh 2 tahun lagi,semoga perkhidmatannya akan terus maintain..
.:: Pelbagai berita gempar di tempat kerja yang mengusarkan hati semua sehingga ada yang terguris hati,emosional tidak bertempat dan tindakan berkenaan akhirnya memberi kesan mendalam kepada orang lain..
.:: Perkembangan tahap kesihatan myself juga naik turun disebabkan tindakan pembaharuan seiring dengan dunia sains dan bla bla bla tetapi tidak memberikan impak yang positif sebaliknya menyebabkan impak luar biasa dan menyusahkan semua orang terutamanya keluarga dan orang tersayang..Kesimpulannya,back to old method yang lebih sesuai dan serasa...Insya Allah,bakal kembali bertugas selewat - lewatnya sekitar bulan April 2015.
.:: Sebagai seorang rakyat Malaysia,sasaran untuk memenuhi ekspektasi semua melalui merakyatkan perkhidmatan masih belum tercapai sepenuhnya memandangkan penambahbaikan sangat - sangat diperlukan bagi menyelesaikan masalah dalaman yang belum berpenghujungnya...
.:: Seiring dan sejalan , semekar bunga di taman larangan... Myself dengan siapalah tu ya? Hehe... Semoga episod kisah ini disudahi dengan bait - bait lirik lagu dan video klipnya, Ajari Aku by Anuar Zain.
.:: Seperti biasa,myself tidak ada wish list kerana myself lebih bersedia untuk meredah apa saja situasi sama ada yang okay atau tidak..Direct to the point,fleksibel.Terima kasih kepada kepada jawatan yang disandang sekarang kerana menjadi medan untuk menimba ilmu serta pengalaman berharga yang merupakan antara cikgu terbaik bagi meneruskan kelangsungan hidup di mana saja.
Selamat Menyambut Tahun Baru 2015
Khas buat semua , Seindah Biasa By Siti Nurhaliza
Jalan pernah takut ku tinggalkan
Saat bintang tak mampu lagi berdendang
Saat malam menjadi terlalu dingin
Hingga pagi tak seindah biasanya
Korus
Takkan mungkin kita bertahan
Hidup dalam bersendirian
Panas terit hujan badai
Kita lalui bersama
Saat hilang arah tujuan
Kau tahu ke mana berjalan
Meski terang meski gelap
Kita lalui bersama
Ku tak bisa merubah yang telah terjadi
Tapi aku akan menjanjikan yang terbaik
Agar kita tak pernah menjadi jauh
Meski beza dermaga untuk kita berlabuh
Ulang Korus
Pernah kita jatuh
Mencuba berdiri
Menahan sakit dan menangis
Tapi erti hidup lebih dari itu
Dan kita mencuba melawan
Comments
Post a Comment