It's Expensive And Also Exclusive


Hampir 8 - 9 tahun yang lalu,masih terbau - bau tumisan hirisan halus bawang besar,bawang putih,halia bersama rempah kari,gula dan garam secukup rasa di tambah..mewangi memenuhi ruang dapur hingga ke ruang depan rumah..kemudian di tambah air bersama kubis bunga,lobak merah dan tomato sehinggalah semuanya mendidih , tomato menjadi sedikit hancur.. Kemudian dimasukkan 1 kecil tin sardin yang kadangkala ada 2 atau 3 ketul di dalamnya.Di kacau seketika hingga mesra dan akhir sekali di tambah hirisan sayur sawi jepun.Mangkuk kaca kemudian disirami hidangan berkenaan dan ditabur sedikit bawang goreng sebagai hiasan.

Ya,itu sahaja hidangan sebagai penambat selera seseorang yang baru saja menghabiskan waktu kerjanya dan lauk sempoi ini menjadi peneman dirinya untuk seketika sebelum memulakan tugas..cukup enak dimakan bersama roti atau nasi putih panas bersama telur dadar goreng sebagai sampingan..Tiap - tiap kali dia menjamah,jari - jemarinya nakal mengoles sedikit kuah ke pipi ini..kemudian berderai kami berdua ketawa kecil dan menguntum senyuman..Selebihnya,ia terlalu romantik untuk dikongsikan di sini..Hehe..

I received a phone call from someone..selain bertanya khabar,dia juga juga berharap keadaan kesihatan myself akan beransur - ansur sembuh.Sebelum perbualan kami berdua berakhir,myself tidak menyangka resepi sempoi ini diminta dengan nada suara yang penuh syahdu.Ya,kerinduan dan kasih sayang seorang yang bergelar Ibu terhadap anaknya tidak akan berhenti selagi masih bernafas.

"Dear,I really missed my son so much today..He's always mention about the dish that you always cooked for him.I never have chance to cook for him before..But I've tasted it..Can you please share me the recipe..?"

Sedikit sebanyak myself terdiam sebentar.Lots of unexpected happened to me recently..I never thought that very simple recipe will make someone feel close and remembering the beloved once.Resepi asal sempoi itu dikongsikan dengan detail supaya rasa itu sama dengan rasa yang pernah dimasak sebelumnya.Bercerita tentang ikan sardin yang melimpah ruah bersama kuah tomato di dalam tin ini,jika hendak dibandingkan dengan harga dahulu dan sekarang bagai langit dan bumi.Membeli 1 tin besar harganya hampir menyamai seekor ayam bersaiz agak kecil sederhana..di kira bernasib baik kalau seekor ayam dibayar dengan harga RM 9.00 - RM 10.00 atas diskaun peniaga pasar basah atau pasar malam yang baik hati.

Semenjak pemergian seseorang ini,myself tidak lagi menyediakan hidangan ini kecuali untuk family members yang request dan akhirnya mood memasak myself semakin ke laut dan kemahiran memasak yang ada semakin tumpul..Adalah sesuatu yang sangat merugikan apabila seseorang ini telah bersusah payah membiayai yuran kelas memasak for myself..Rasa bersalah di situ...

Tetapi memasak mesti seiring sejalan dengan minda dan emosinya supaya rasa masakan stabil tetapi akan berlaku sebaliknya sekiranya di dalam keterpaksaan...Memasak ini kena dari hati yang ikhlas dan niat yang baik..Barulah yang memakannya bukan setakat memuji kesedapan tetapi dalam mood yang baik tanpa komen - komen negatif seperti yang berlaku tiap - tiap kali tapau makanan di kafeteria atau di mana - mana... So sorry to say this tapi itulah kebenaran nya setiap kali my office mates balik dari kafeteria berhampiran dan ada yang sanggup berjalan agak jauh ke kafeteria lain demi makanan yang bukan saja enak di masak tapi harga berbaloi untuk dibayar...I just keep quiet and thinking why,why and why....

Resipi asal ini ada yang diolah mengikut kesesuaian dan bergantung kepada bahan yang ada di dalam peti sejuk,mahu pun di dapur.Itu pun,kadangkala myself akui sambil memasak hidangan berkenaan,kenangan bersama pasti menyinggah di fikiran.In the future,Iam not sure whether this dish will be taste by others because it's not just a simple dish by it is valuable with love.

P/s : Ikan sardin bukan lagi lauk orang miskin...

Comments

Popular posts from this blog

Chinta Chanduri

Louisa Clark & William Traynor

2 Months & 2 Days