Entry 1 : Unexpected Disturbance

It's Sunday,keadaan agak sunyi sepi dan keletihan bagi yang mereka berhibur dengan cara tersendiri di tengah malam hari hingga ke subuh.For those who got personal or official matters mesti sudah buat persiapan untuk ke destinasi yang ingin dituju..How about myself ? Masih terngiang - ngiang lirik lagu Aku Juga Manusia by Amir Jahari di halwa telinga and actually something happened to myself yesterday...

Ini versi cerita pendek dan telah diringkaskan atas faktor - faktor tertentu.

Aku sendirian di rumah sebaik sahaja kesemua ahli keluargaku bergegas keluar untuk berjalan - jalan ke sebuah kompleks membeli belah yang baru dibuka dan ia gah setara dengan Mid Valley dan kebanyakan komen pengunjung menyukai suasana yang ditonjolkan di lokasi ini walaupun belum banyak premis yang masih di dalam pembikinan..Ayat apakah ini?Tidak mengapa,coret kan sahaja dengan bahasa sendiri sebab ini bukan untuk bacaan novel sastera atau novel cinta setebal 300 - 500  muka surat yang ada garis panduan, aku buang masa saja bermukadimah di sini.

Aku masih belum ada selera untuk makan tetapi aktiviti masak - memasak masih dilakukan walaupun ditegah oleh ahli keluargaku yang lain lantaran keadaan kesihatan diriku yang kurang mengizinkan untuk melakukan banyak aktiviti fizikal,pergerakan terbatas tetapi tidak menghalang diriku untuk bergerak lantaran aku berasa kurang selesa kalau hanya duduk berehat tanpa membuat apa - apa..Si kecil pula lincah ke sana ke mari dengan pelbagai gelagat yang menghiburkan hati walaupun adakalanya diriku rasa bersalah sebab tidak dapat melayan kerenahnya seperti biasa.

Sesudah air panas mendidih,aku menuangkan ke dalam cawan yang berisi oat dan biarkan untuk seketika sebelum aku menikmatinya. Dalam masa yang sama aku ber sms dengan seseorang dan ia tidak berlarutan kerana dia memaklumkan ingin menyudahkan kerja - kerja dahulu sebelum dia pulang ke rumah sebaik sahaja dia selesai dengan urusan kerja lebih masanya. Secawan oat itu aku nikmatinya perlahan - lahan kemudian hati aku kuat ingin menikmati sesuatu yang lain.Mungkin selera makan sudah mula ada,lantas aku ke dapur dan didihkan semula air barli yang sudah di masak,agak sejuk bagi diriku dalam keadaan sebegini.

Di sini berlakulah sesuatu yang tidak aku jangka,entah bagaimana aku tidak semena - mena kaki berasa kebas dan jatuh.Periuk di atas dapur gas yang sedang menyala..terbalik jatuh ke lantai kerana sesuatu melanggarinya, bertaburan dan melimpah semuanya.. api dapur gas masih menyala walaupun perlahan kerana aku kalau ingin memanaskan sesuatu,aku mesti menggunakan api dapur gas perlahan sekiranya aku berlegar - legar ke sana ke mari dan tidak berada di dapur..

Entah macam mana aku terdengar bisikan suara yang mengejek - ejek aku..Kata - katanya memang menyakitkan hati dan aku tidak berdiam diri dan membalas semula dengan kata - kata yang keras bersama jeritan..Geram hati aku pada waktu itu..bisikan suara itu tidak henti - henti mengejek aku dan sebaik saja aku dapat memadamkan semula api dapur gas yang sedang menyala itu.. Suara itu hilang begitu saja...Kemudian aku terdiam sebentar dan aku memerhatikan diri aku yang sedang berdiri tanpa sokongan dan air mata aku membasahi pipi..Aku beristighfar tidak henti - henti dan terus merehatkan diri di dalam bilik..Tiada kata - kata,fikiran aku kosong sehinggalah ahli keluarga aku pulang dan semua terkejut tetapi aku masih mendiamkan diri sehinggalah bila Si kecil dan ayahnya keluarga ke suatu tempat..

Bersama ahli keluarga ku yang lain,aku mula bercerita apa yang berlaku sepanjang ketiadaan mereka.

"I feel very stupid and useless...I dissapointed others and there's nothing much I can do in my condition..Is there any hopes for a person like me..?"

Kesemua ahli keluarga aku menyabarkan aku tidak henti - henti dan aku dibiarkan keseorangan supaya ketegangan yang melanda diri aku tidak berterusan tetapi ianya tidak berhenti,aku bertindak menyakiti seseorang bahkan bukan hanya dia tetapi juga dengan yang lain.Selain tangisan meratapi nasib diri,apa lagi yang aku mampu buat?

.:: To be continued...

Comments

Popular posts from this blog

Chinta Chanduri

Louisa Clark & William Traynor

2 Months & 2 Days