New Look , Simple Breakfast & It's Saturday

Last night myself not really focusing on watching tv even though at Tv3 there is The Scorpion King movie and at Tv2 pula menayangkan filem The Lost World : Jurassic Park gara - gara menghabiskan masa dengan someone... Before that, sebaik saja menyudahkan entri semalam, myself mula mengemaskini apa yang perlu dan my personal side kini berwajah baru...Tidak terlalu awal ke untuk berubah angin memandangkan belum sampai setahun pun kan..Masa berlalu begitu pantas.. bermula dengan entri - entri yang kebanyakannya lirik lagu, quotes dan kemudian pada bulan Julai 2014,barulah myself mula berkongsi cerita diri di samping kisah - kisah lain walaupun tidak kesemuanya dikongsikan secara direct...

Tanpa disedari juga malam tadi di Tv3,ada rancangan Separuh Akhir Muzik - Muzik 29 (minggu ke - 2) dan dapat lah myself menonton dua persembahan terakhir dari Dayang Nurfaizah mendendangkan lagu hit drama siri Ariana Rose,Di Pintu Syurga dan Hafiz dengan lagu Matahari..Myself terlepas siaran minggu pertama yang bersiaran pada 14 November lepas..Hehe...Tapi untuk minggu ke -3 nanti,myself nak kena tonton... sebab banyak lagu yang bukan sahaja best dari susunan muzik tetapi juga lirik...

Bersarapan ringkas pagi ini dengan jemput - jemput tepung gandum yang dicampur bersama hirisan daun sup bersama lobak merah..Minuman pula milo o panas...Biasanya ada yang menambah 1 - 2 biji telur ayam ke dalam adunan tepung gandum bagi melembutkan,ada juga yang menggunakan air suam dan macam - macam lagi..For myself,just add in air bersama apa saja yang disukai seperti kurma,kelapa,ikan bilis,nasi sejuk, udang,bawang dan kalau nak dinyatakan terlalu banyak...Hehe...kemudian di kacau perlahan menggunakan senduk plastik atau sudu plastik..Biarkan seketika, barulah di goreng dengan minyak yang tidak terlalu panas..Kalau terlalu panas pun,garing di luar tetapi adunan tepung tidak masak di dalam kemudian apabila sejuk menjadi agak keras...So,myself maintain dengan cara yang ada..bila simpan sampai ke tengah hari pun, masih dapat dikunyah lembut...Hehe..Oh ya,myself tidak mencampurkan adunan tepung dengan garam bagi mengekalkan rasa asli...sesekali di makan bersama sos cili...Walau dengan apa jua ianya dipanggil,di sebut sama ada jemput - jemput,cucur dan bla bla bla...membuatkan diri tidak henti - henti mengunyah... Hehe..

Untuk hari Sabtu ni,tiada rancangan untuk keluar hari ini apatah lagi ke lokasi agak jauh kerana ingin bermalasan di rumah dengan tenang dan buat apa yang disukai.. Hehe.Kalau nak keluar ke mana - mana pun,mungkin dalam kawasan setempat sahaja atau mengambil tiket wayang yang sudah di beli melalui GSC Online..Movie apa?Sudah tentu , movie yang di tunggu - tunggu oleh peminat setia siri The Hunger Games..Bila myself sendiri nak pergi tonton?Tunggu entri yang akan datang...

P/s : I just wonder why lagu Alasan Untuk Bahagia by Asfan tidak tercalon ke separuh akhir rancangan berkenaan..

Comments

Popular posts from this blog

Chinta Chanduri

Louisa Clark & William Traynor

2 Months & 2 Days