Nasi Lemak,Panadol Soluble And Roti Bakar
Bergegas keluar dari rumah dan menuju ke gerai milik sepasang suami isteri dan keluarga yang menjual Nasi Lemak serta lauk pauk yang lain...Kuih - muih yang dijual pun boleh tahan sedapnya juga tapi hari ini tidak ada..pasti masih bercuti lagi..Myself beli dua bungkus Nasi Lemak bersama lauk Paru goreng berlada dan Rendang daging...Selain dua lauk ini,sedap rasanya seperti Daging masak hitam,Daging goreng kunyit dan Ayam goreng ala KFC..Kena diberitahu awal - awal nak sikit sahaja sambal untuk Nasi Lemak tu sebab kepedasannya memang boleh buat myself minum air dengan banyak...Hehe...
Before keluar tadi,I got sms from my officemate...She is pregnant with her 3rd child..Selera orang mengidam ni selagi boleh dipenuhi,kenalah diusahakan..So,membaca sms yang dihantarnya malam tadi ketika myself sedang dalam proses nak melenakan diri..Myself tersenyum teringatkan beberapa minggu lepas,dia ada merasa sedikit Nasi Lemak yang myself beli itu...Katanya sedap...
Ya,tidak dinafikan sepasang suami isteri yang kadangkala menjual bersama ahli keluarganya yang lain memang pandai jaga hati pelanggan...Dengan harga RM 1.50 sebungkus,Nasi Lemak beralaskan daun pisang kemudian dibungkus bersama kertas coklat itu memang jadi kegemaran semua..Kadar harga lauk - pauk sampingan dibayar sebanyak RM 1.00 sahaja.Kalau mahukan Nasi Lemak bersama Paru goreng berlada, jumlah nya RM 2.50 sahaja..Kalau disebelah paginya kawasan ini ramai dengan pelanggan yang membeli sarapan,di sebelah petang hingga lewat malam,ada seorang Brother menjual burger yang rasanya memang sedap..Pernah menunggu ketika hujan lebat turun semata - mata ingin merasai keenakan burger yang dijualnya...Oh,Double special beef burger or Double special fish burger...hehe...
Murah rezeki kami berdua,kerana gerai jualan itu ada di buka pada hari ni.Pada hari Isnin lepas,myself ada datang ke tapak jualan gerainya tapi tidak kelihatan lampu bernyala menerangi kawasan berkenaan...That means,masih bercuti lagi..Singgah ke stesen minyak pun takda atau lewat dihantar ke..So,beli sarapan di kafe tempat kerja...Like I mention and said before,take your own risk...Hehe, biasalah,keinginan nak makan macam - macam tu mesti ada punya..
Sesudah bersarapan,myself sudah mula berasa kurang selesa disebakan selsema datang menyerang semula. Berhelai - helai tisu digunakan termasuk minyak salap buah pala dan akhirnya myself terpaksa menelan Panadol Soluble.Keadaan hanya pulih selepas pukul 2 petang.Hal sebegini jarang berlaku kecuali ada faktor - faktor lain yang menyebabkan selsema datang menyerang semula,mungkin minum air berais di awal pagi atau tidak cukup tidur...Myself pernah ditegur kerana pagi - pagi dah beli minuman berais atau sejuk..Hehe.. Take your own risk lah kan....
I admit almost everyday,I consume Piriton. Pernah juga menelan Loratadine tapi kurang serasi..Not just having serious flu,I also got urticaria.It is very important to wearing mask for myself especially during cleaning session at home to avoid dust and straightly take shower after that...
Hari ni,sampai rumah dari tempat kerja pun agak lewat macam semalam,duduk - duduk rehat kejap nampak baki roti masih ada..Dinner malam ni,roti disapu marjerin kemudian ditabur sedikit gula dan dibakar dengan sandwich toaster..hehe...Actually beberapa hari lepas,buat sardine sandwich bersama kepingan keju dan tomato.. freshly toasted from my kitchen...Teringin nak ke Subway lagi ke?Hehe... Memang minat makan roti bakar tapi bila lagi nak ke Railway Kluang Station pun tak pasti..Oh,sepadan dan enak dimakan bersama kopi o yang panas...Oh,tidak...Hehe...
P/s : Cerita pasal toasted ni directly remind me to the incident that happened at Bukit Bintang,KL this early morning.
Comments
Post a Comment