Gina, Jorge And Me...


After last entry posted on 24th September 2014,myself bz focused on something at my workplace and during weekend,mengalami selsema yang sangat teruk even though dah ambil supplements.Jumaat malam Sabtu,ada filem The Recruit di Tv3 pun,tak larat nak menunggu hingga kesudahannya.. Breakfast pun ala kadar,kebiasaannya bila melepak kat tempat biasa,dah tentu Roti Canai or Nasi Lemak jadi pilihan tapi hanya ambil kuih - muih sahaja..Tapi this time,pau goreng inti sambal tu memang pedas dan kelihatan biji - biji cili masih ada...Aiyaa...Tak cukup kisaran sehalus mungkin..haha..

Setelah sekian lama tak send my car to this one vehicle service center,akhirnya this time agak berpuas hati juga termasuk dengan kadar caj yang dikenakan berbanding servis di bengkel biasa yang harga nya takkan dapat macam di kampung halaman..hehe..Around 9.00 am ++ dah sampai sebab temujanji di set pada pukul 9.30 pagi..(through phone buat tempahan seminggu lebih awal dari tarikh kejadian) during waiting kat sana,takdalah bosan sangat sebab tv ada,majalah ada...Through my observation,memang most of the customers yang menunggu memang tak lekang dengan phone masing - masing :) Kalau tak guna wi - fi yang ada,dah subscribe dengan telco masing - masing kan..Myself pulak habis kan masa chit chat dengan one of my ex - officer yang dah bertukar ke agensi lain..

Around 11.30 am++ , terus ke car wash.. bukan tak nak cuci sendiri tapi kedudukan kediaman bukan masa menyewa kat kawasan rumah lama dulu.. yang membataskan cucian bahkan nak vacuum juga sebab kalau sapu - sapu ala kadar macam rasa tak best lah pulak.. hehe.. Selepas habis masa kat situ, terus melepak kat one of my favourite spot untuk lunch..Makan ala - ala kenduri gitu, orang tak berapa ramai lagi..

Sampai - sampai kat rumah, rehat - rehat, buat apa yang patut and then switch on the tv , ada pula filem lakonan Queen Latifah,Alicia Silverstone dengan Kevin Bacon.Filem Beauty Shop ni juga menampilkan Dijimon Hounsou dan Andie MacDowell.Bila tonton filem ni untuk kali yang ke berapa,teringat zaman - zaman rambut masih panjang , in well condition.. macam - macam hair style yang di buat termasuk gaya Victoria Beckham,Rihanna,Gwyneth Paltrow untuk filem Sliding Doors and finally end up dengan gaya rambut Cate Blanchett.

Gina yang merupakan seorang pendandan rambut yang superb bersabar dalam melayani kerenah Jorge yang memang sangat - sangat lah annoying dan akhirnya memberanikan diri untuk buka salon sendiri dan mengumpulkan semua colleague nya dan termasuk seorang bekas banduan bernama James (cantik dreadlock dia dalam filem ni) Perkembangan salon Gina juga seiring perhubungan nya dengan Joe (seorang tukang elektrik yang pandai bermain piano dan sangat - sangat lah romantik...)

Ending filem ini,Jorge mendapat balasannya sebab buat hal kat salon Gina.Moral of the story,kalau buka perniagaan,bersaing lah secara sihat and then kalau nak mengenali seseorang,kenali lah hati budi nya betul - betul sebelum terus judge orang tu macam mana sebab James yang pada awalnya di sangka seorang homoseksual tapi sebenarnya metroseksual..James memilih Lynn untuk dijadikan teman wanitanya..So,yang lain - lain tu memang terkejut sangat - sangat lah sebab di kalangan mereka yang berkulit hitam,yang berkulit putih juga jadi pilihan...

Tak kira apa jua bangsa,warna kulit atau agama..kehidupan yang ada ini harus dinikmati di dalam suasana yang harmoni..


P/s : Tidur awal dan tidak menonton siri filem Indiana Jones sebab selsema yang teruk..the best cure memang kena tidur dan rehat..

Comments

Popular posts from this blog

Chinta Chanduri

2 Months & 2 Days

Louisa Clark & William Traynor