YOU've Read This Before...
“Ya Allah,Tuhan kami,sesungguhnya kami memohon kepada-Mu keselamatan pada agama dan kesihatan jasad,dan ditambahkan ilmu pengetahuan dan keberkatan rezeki,dan bertaubat sebelum mati,dan rahmat ketika mati dan keampunan setelah mati...”
Razak tenang membacakan doa selepas selesai mengerjakan solat subuh berjemaah bersama Azim.Mereka berdua kemudian bersalaman dan masing-masing terus ke dapur untuk menyediakan sarapan.Selesai bersarapan,mereka berdua keluar ke arah pantai untuk menikmati udara segar pagi itu.
“Zim,siapa perempuan dalam gambar kat bilik aku tidur tu?”
“Kau agak-agak siapa..?”
“Itu bukan...?”
“Max atau Mia Afieyra Muszha....?”
Azim pantas memotong kata-katanya terlebih dahulu.Razak sabar menanti supaya Azim meneruskan ceritanya namun Azim tiba-tiba menghulurkan satu sampul surat berwarna biru muda kepadanya.
“Ajak,kau akan dapat jawapannya nanti.”
Azim berlalu pergi meninggalkan Razak keseorangan di tepi pantai.Razak segera mengeluarkan helaian-helaian kertas dari sampul surat berwarna biru muda itu.
“Yang mana satu aku nak baca ni....?”
Razak terus membelek-belek helaian-helaian kertas yang banyak itu dan tiba-tiba dia terpandang satu perenggan ayat yang benar-benar menarik perhatiannya.
Zim,aku dah quit study dari UiTM Segamat.Aku.....
Razak menarik helaian kertas itu dan mula membaca isi kandungan nya dari awal.
Perlahan-lahan Razak melipat helaian-helaian kertas itu dan menyimpan kembali ke dalam sampulnya.Dia segera bergegas untuk pulang dari pantai.Sebaik saja dia tiba di hadapan rumah Azim,dia melihat Azim sedang berbual dengan seorang wanita yang dikiranya sudah agak berusia.Kemudian wanita itu berlalu dari situ setelah menghulurkan sesuatu kepada Azim.Razak segera menghampiri Azim.
“Aku dah dapat jawapannya Azim..”
“Ya,itulah Max yang kau kenali sekarang.Malang sekali kau tidak berpeluang mengenali dirinya yang terdahulu..Dirinya yang sudah lama hilang itu...”
“Apa yang kau pegang ni..?”
“Ubat untuk Max...Dia harus segera diubati...Jika lewat..aku khuatir,dia bukan saja tidak berpeluang untuk bertaubat tetapi kau juga tidak dapat memperisterikannya...”
“Aku masih ada peluang ke?”
“Bukan peluang yang harus kita kejar tetapi kesungguhan yang harus kita cari terlebih dahulu..”
Kedua-dua orang lelaki itu saling berpandangan sesama sendiri dan kemudian memandang ke arah langit biru bersama awan yang memutih.Masing-masing mengharapkan sesuatu dan hanya mampu berserah kepada ketentuan-Nya.

8 Ogos 2006
Asalammualaikum wrt wbt..
Zim,kau apa khabar?Harap semuanya ok.Aku pun dah lama tak tulis surat kat kau sebab kita sering contact through phone,email and sms.Kau jangan risau,lepas ni aku takkan tulis surat kat kau lagi (Kau pun memang tak pernah balas surat-surat aku sebelum ni sebab kau memang malas nak menulis).Macam mana kerja2 kau sekarang?Syukur lah kau dah mula bekerja walaupun diluar bidang yang kau belajar di UiTM Shah Alam dulu.Mungkin ia satu tamparan hebat bagi kau kerana setelah berpenat lelah demi segulung ijazah tetapi akhirnya kau bekerja seperti mereka yang punya kelulusan setakat SPM saja.Tidak usah lah kau khuatir kerana sekurang-kurangnya kau bekerja dengan jalan yang diredhai Allah..
Semuanya dah berakhir Zim,aku dah quit study dari UiTM Segamat hari ni.Orang-orang cina kata angka ‘8’ bawa tuah tapi tidak bagi aku.2 tahun aku kat sini,ibarat macam neraka bagi aku sebab nak menghadapi macam-macam masalah yang diberikan kat aku walaupun aku tak mencari masalah-masalah itu dan aku dah tak larat lagi untuk menghadapinya Zim.Tak ingin aku jelaskan lagi kerana kau sendiri tahu akan keadaan aku sepanjang berada di tempat tu.
Aku tak kata aku ni baik Zim dan aku bukan semudah dan sesuka hati nak salahkan orang lain atau sesiapa je.Apa-apa hal aku tengok diri aku sendiri dulu sama ada aku ke yang salah.Aku akan berani cakap bila semua fakta dan bukti dah cukup.Apa jua yang aku lakukan juga ada sebabnya..dan kadangkala boleh dijelaskan dan kadangkala tidak.
Hubungan aku dengan parents masih kekal dengan keadaan ‘silent war’. Ya,semuanya silap aku kerana quit study.Tapi adakah sesiapa yang tahu yang aku merana selama 2 tahun di tempat tu selain dari kau?Ya,aku ini pendendam orangnya dan kemarahan yang tak terluah ini telah meragut kepercayaan yang ada di dalam diri dan aku masih teragak-agak untuk memberikan kasih sayang dalam hubungan sesama manusia...Aku terpaksa menjauhi dari mereka dan bersama bila ada waktunya.....
Aku boleh berahsia seberapa banyak pun dengan orang lain tetapi tidak dengan kau Zim.Sebanyak mana kau pernah memberikan panduan,menasihati aku,sebanyak itu aku semakin kecewa sendiri dan memendam rasa...Walau apa jua pandangan mereka yang tidak pernah mengenali aku secara batiniah,mereka boleh berkata apa saja kerana mereka bukan kau Zim,mereka tidak mengenali aku seperti mana kau mengenali aku....
Aku akan ke tempat kau kemudian dan aku harap kau dapat bantu aku...selagi aku masih bernafas....Apa yang berlaku ini ada hikmahnya... Kini...aku hanya mampu berserah dan pasrah akan ketentuan-Nya..
Terima kasih kerana kau benar menghargai aku dalam hidup kau...
Rasa,
Max.
Perlahan-lahan Razak melipat helaian-helaian kertas itu dan menyimpan kembali ke dalam sampulnya.Dia segera bergegas untuk pulang dari pantai.Sebaik saja dia tiba di hadapan rumah Azim,dia melihat Azim sedang berbual dengan seorang wanita yang dikiranya sudah agak berusia.Kemudian wanita itu berlalu dari situ setelah menghulurkan sesuatu kepada Azim.Razak segera menghampiri Azim.
“Aku dah dapat jawapannya Azim..”
“Ya,itulah Max yang kau kenali sekarang.Malang sekali kau tidak berpeluang mengenali dirinya yang terdahulu..Dirinya yang sudah lama hilang itu...”
“Apa yang kau pegang ni..?”
“Ubat untuk Max...Dia harus segera diubati...Jika lewat..aku khuatir,dia bukan saja tidak berpeluang untuk bertaubat tetapi kau juga tidak dapat memperisterikannya...”
“Aku masih ada peluang ke?”
“Bukan peluang yang harus kita kejar tetapi kesungguhan yang harus kita cari terlebih dahulu..”
Kedua-dua orang lelaki itu saling berpandangan sesama sendiri dan kemudian memandang ke arah langit biru bersama awan yang memutih.Masing-masing mengharapkan sesuatu dan hanya mampu berserah kepada ketentuan-Nya.
.:: Taken from Bintang Di Syurga by the AWAY writer ::.
Comments
Post a Comment