Secret

Percintaan...satu pembaharuan..
Tertimbunlah kisah dan bicara insani
kelana yang kian terhimpit
berbalas antara...
tiada satu pun yang pasti..
Jamaknya,kelam itu ngilu..
rintih dan bergelora
meruncing halus
kian semalu menjejak pepucuk senja..
arah tuju ke anak mata..
seribu kali tidak terkata
akan usapan dan ratapan rohani..
semangat yang ku raikan..
bersama kekunang yang menghiasi
awan larut..

Untukmu,
ku sisipkan akan satu rautan
belaian jiwa..
asmara yang kau impikan wahai
kekasih..
terpisah tetapi dekat di jenjam..
tidak jentaka perolakan arus..
antara bibit-bibit yang membiru..
dan luas pandangan kurniaan mesta..
mekar kita dipertemukan dengan
ikatan bersahaja...
mengerti apa itu cinta..
kau,terlonta merana dan
aku,terlonta sengsara kerana
permainan api kononnya semarak cinta..
kita lalui dengan kepayahan..
entah bila amarah kita terpadam..
ruang dingin terisi
tiada lagi nyalaan kerana
kutukan safa telah terusan melanda..
Inilah detik waktu meminta
kita wujud semula dengan
janji setia..
sepadu kota...

Untukku,
siapa yang tidak tergugat
akan kesedaran mu yang penuh peka..
haru benar hatiku akan dimamah rasa
bening cintamu..
takkan ku tangisi..
takkan ku kenangi...
hingga bila-bila sekalipun...
aku tetap ingin bersamamu..
Kini,ada keluhan dari hati yang
rundum..telah lampau
menangisi malang diri...
pedih benar...
Lalu didirikan satu keyakinan..
Bisikan syahdu..
selamatkanlah diri ini
sebelum hanyut dan tersisih
dari rona-rona cinta..

Benarkah aku yang tunanetra?
Benarkah aku yang tunasusila?
Mahupun terbatas akibat pesona
hangatnya cinta..?
Dalam keghairahan ini.
aku alpa antara bisikan keraguan..
insani adalah penghayat yang kan
terus berkembara..
kita yang dimabuk kan durjana..
kita yang disuapkan resah...
kita sememangnya insan yang lemah...
Fajar menghirs-hiris kekalutan..
berbicara tentang idaman..
hati begitu jauh terhiba..
utuh pada lampau...
dan bertentang kembali..

Ku renung mendalam...
ku tahu dirimu benar
menghargai cintaku..
ingin sahaja kau laungkan
lafaz nalurimu di depan lautan terbentang..
umpama hamparan berbaldu yang disemai
kuntuman-kuntuman mewangi..
dan bersaksikan kejora di langit...
Inikah ertinya cinta...?
Atau sekadar mimpi-mimpi sedih,
tidak bermaya?
Buat aku seorang teruna
dan kau dara...
yang entahkah aku sahaja
yang menghimpit perasaan
suci itu..
Ingin sahaja ku luahkan sahaja kepedaran
apabila menyemai kasih tanpa jawapan..
buih-buih hanyut dek ombak yang
menghempas pesisirannya...
seolah-olah...
aku yang kecewa kerana cinta..

Silap benar caturan hatiku..
Entah bila kau luah sayang..
Entah bila kau luah untuk berkasih..
Merah benar seluruh pancainderaku..
Tersenyum dan meta..
sudi benar kiranya melayari bahtera percintaan..
walau aku sudah dimamah tuha..
Duhai dara yang masih mekar,
tidak metah kah kau dengan keterlanjuranmu itu..?
Jangan kau buat ku rasa mesut..
atau ter meta dengan badi cinta yang kau berikan
seikhlas hati...
masih terlenakah aku dibuai fantasi...
atau terpukul kah aku dengan bisikan manja..
umpama aku meraih mestika dalam genggaman
untuk ku kalungkan pada si dara..

Merlip,
ibarat aku ditemani..
akan kepulangan..
yang kembali semula..
menyegar dan mesabah..
bersama mentari dan permata hati..
mentak...ini adalah kurniaan ilahi..
kita kecewa dulu..
kita sendirian dan ternanti..
kini kita mampu bangkit dengan nafas baru..

Ara,
betapa ku sorokkan hati..
tak ku sangka kau jua begitu..
tanpa penjara...kasih bertaut tanpa
halangan...dan akhirnya terpelihara
satu asrar yang murni..
Inilah dikatakan takdir..
usahlah kita mengenang akan igauan ngeri..
pasti kita rujuk pada ketenangan..
ku takkan merakah..
terlewat jua kau kembali..
dan aku pasti menyusulimu..
merdesalah cinta kita..
tak bisa luntur..
Jangan kau pertikaikan lagi...
Ia bukan seindah pembaringan
tetapi maya...
Citakan berdua...sehingga....
terlerai kerana-Nya..

.:: Asrar by the AWAY writer ::.

Comments

Popular posts from this blog

Chinta Chanduri

Louisa Clark & William Traynor

2 Months & 2 Days