Iam Hurting Inside
Khai kenapa kau buat
semua ni?Aku dan mereka ni tak mahukan
harta kau…aku dan mereka hanya mahukan kau kembali..Itulah satu – satu harta
yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit..Khai,aku harap kau tahu akan apa
yang aku dan mereka ini rasa kan
sekarang…
Assalammualaikum wrt
wbt.
Khas buat mu : Azuar @
Zuar Bin Rahman.
Apabila kau terima
surat ini,aku sudah pun pergi jauh dari kau dan yang pasti aku takkan kembali
lagi.Inilah keputusan muktamad yang aku lakukan dan aku takkan berundur lagi.Maafkan
aku kerana telah membebankan kau dengan satu amanah yang harus kau pikul tanpa
berbincang dengan kau terlebih dahulu.
Zuar,
Aku sayang dan
rindukan semua kenangan kita di Mersing dan kau sememangnya seorang sahabat
yang baik dan sabar dalam mendidik aku supaya menjadi seorang yang
berguna,seorang yang punya masa depan dan mempertahankan hak nya
sendiri.Namun,aku tidak sekuat kau Zuar.Aku tak cukup tabah untuk lakukannya
kerana aku terhimpit akan kisah – kisah silam yang sentiasa membelenggu hidup
aku.Aku cuba untuk melupakan semuanya dan memulakan hidup baru namun aku tidak
boleh menipu diri aku sendiri yang sememangnya seorang pendendam yang penuh
misteri.
Zuar,
Aku sudah lama memaafkan
kau dan seharusnya aku yang memohon maaf kepada kau kerana aku langsung tidak
memberikan peluang kepada kau apatah lagi kepada diri kita untuk saling bermaaf
– maafan dan mengekalkan perhubungan
persahabatan kita ke peringkat yang seterusnya namun aku sebenarnya malu kepada
kau kerana keegoan dan kedegilan aku ini akhirnya membunuh rasa kepercayaan dan
naluri – naluri insani di dalam diri ini.Aku langsung tak pedulikan pandangan
dan nasihat kau dan akhirnya dia telah mengecewakan aku dan aku terus – terusan
dikecewakan.Aku tak pernah temui akan cinta,kasih sayang yang aku harap –
harapkan.
Zuar,
Aku takut sekiranya
kau mengejek dan menyindir aku kerana aku langsung tak peduli akan pandangan
dan nasihat kau untuk aku.Aku leka di buai alam fantasi yang aku ciptakan tanpa
aku sedari aku terlupa akan dunia yang aku pijak ini.Gara – gara dia,segala
impian ku hancur.Impianku untuk berubah tidak tercapai.Aku sememangnya cemburu
melihat kejayaan dan keutuhan perhubungan ahli keluarga kau.Entah kenapa,aku ini
ditakdirkan untuk menumpang kasih dan berteduh dengan orang lain?
Zuar,
Aku sedar Allah itu
masih sayangkan hamba – NYA yang daif
dan naif ini.
Aku teruskan hidup ini
juga walaupun ia sudah tiada ertinya
lagi.
Hati dan perasaan ku
entah ke mana,ke mana saja kaki ku melangkah,di situlah aku akan teruskan hidup
dan kemudian pergi.Aku masih ingat akan kata – kata mu dan kerana itulah aku
masih dapat bertahan sehingga ke saat ini.Aku harus kuat untuk menempuh hidup
ini jika aku tidak mahu diketepikan lagi tapi mengapa aku tak tidak diterima
seadanya akan diri ku ini bukan kerana nama dan harta yang aku miliki?
************************************
Dia kemudian melabuhkan punggungnya.Sesekali
ombak kecil menghempas tunggul batu yang didudukinya.Perlahan – lahan dia
membuka satu sampul surat dan mengeluarkan helaian – helaian kertas yang
berwarna putih itu untuk dibacanya.
Zuar,
Tiada ertinya aku berada bersama kau, mereka atau sesiapa
pun kalau hati dan perasaan ini tidak dapat merasakan apa – apa lagi.Mungkin
kenangan itu akan kekal tetapi rasa kemanisan nya sudah lama di bunuh dan
kaku.Maafkan aku kerana aku sememangnya bersalah kerana tidak mencuba untuk
berubah tetapi aku tidak boleh menipu diri aku sendiri.
Zuar,
Masa mengekori kita dengan begitu pantas dan aku ingin
habiskan sisa – sisa hidup ku yang ada ni dengan melihat akan dunia yang
sememangnya luas aku berikan cinta aku kepada – NYA kerana ia adalah cinta yang
hakiki kalau dahulu aku pernah berikan kepada dia yang aku harapkan untuk
mencintai,menyayangi dan menjaga aku hingga ke akhir hayat ternyata aku silap
memberikannya.Malah semenjak itu,aku rasa diri aku bagai disumpah kerana tiada
satu pun hubungan yang kekal dan semuanya berakhir dengan tragedi.
Zuar,
Aku tahu akan apa yang aku perlu bagikan pada mu sebagai
kenangan perhubungan kita dan aku harap kau menyukainya.Pasti kau tak faham
akan sajak yang aku berikan sekali bersama lukisan itu.Biarkan aku jelaskan
sedikit untuk kau,ia adalah satu lukisan yang menggambarkan kisah hidup aku
sendiri dan aku luahkan kesinambungannya kepada sajak.
Izinkan aku mencatat sebahagian perenggan sajak itu di
sini.
Bulan,
terserlah ayu mu,
kau umpama ratu segala kecantikan..
namun kau tetap sepi di lautan dengan cahaya sinar mu..
Ku imaginasikan kau dalam ilustrasi mimpi ku...
umpama darah yang mengalir dan menjadikan tidurku lena..
Dia yang ku cari telah ku temui dalam indah...
Dia jua yang mengundang kecewa ke dalam pelusuk diriku...
Dia yang membuatkan ku menbanjirkan titisan duka..
Itulah diriku...
kebenaran tidak terlahir..
masih ada onak-onak neraka...
jajahan yang ditakluk menyebabkan diriku bukan seorang
pecinta lagi..
Aku rakus menentang bebanan derita..
aku punya cinta...tetapi ketepi kan dengan janji yang
tidak kan ku mungkiri...
Seperti mu bulan....
aku sepi....
sepi tanpa cinta....
tidak terdidik aku akan rohani...
tidak terajar aku akan cereka...
kalungan cinta,dililit kemas di jinjang...
tanda aku rindu....
namun.....dia lenggana
ku sangkakan sebenarnya telah cinta pada diriku....
Kau lewat terlanjur cinta dengan ku sayang...
Awal ku lafazkan...kau anggap ia lengkara..
Ku erti kau perlukan masa bukan dibebankan..
Kelewatan mu akhirnya mendukacitakan mu kerana
pintu hatiku dan mindaku demi cinta sudah tidak wujud...
Zuar,
Ini saja yang dapat aku lafazkan dan ketahuilah aku amat
merindui dan menyayangi seperti mana kau menyayangi aku,
Aku mohon maaf
atas semua segala kesalahan aku pada kau..Halalkan semua dan makan minum ku..
Jaga diri kau dan keluarga kau.Aku amat berterima kasih kepada – NYA kerana
telah menganugerahkan aku seorang sahabat seperti kau.
Semoga kita akan diketemukan di alam hakiki ciptaan –
NYA.
Aku mohon diri,
Khairul Amani @ Khai
Binti Kamil
Azuar segera melipat helaian – helaian kertas itu
dan air mata nya tidak dapat di tahan – tahan lagi.Azuar kemudian mengeluarkan sebuah
buku catatan dari poket seluarnya dan menulis sesuatu.
Khai,
terima kasih kerana telah menjelaskan segala – galanya
pada aku.Aku akan cuba memikul amanah yang kau telah berikan untuk aku.Aku
tidak menganggapnya sebagai satu beban malah aku sangat berterima kasih kepada
kau kerana memberikan kepercayaan kepada aku untuk memikulnya.Sesungguhnya aku
berasa gembira kerana akhirnya kau meneruskan jua akan sesuatu yang kau minati
walaupun aku tak pasti akan apakah sebab yang membuatkan kau meninggalkan
semuanya.Kau sakit apa Khai? Kenapa kau tak berterus terang saja dalam surat
ni?Bukankah hampir kesemua penyakit yang ada di dalam dunia ini dapat dirawat
dan diubati?
Khai,
Aku tidak tahu kenapa kita tidak bertentang mata di KLIA
walaupun aku hanya lewat 15 minit kerana kesesakan lalu lintas dan sedikit
masalah berlaku kepada kenderaan aku. Adakah Allah sememangnya tidak lagi
memberikan keizinan - NYA untuk aku bertemu dengan kau walaupun bagi kau ia
adalah pertemuan akhir tetapi tidak bagi aku.Aku yakin
kita akan diketemukan suatu hari
nanti.Tidak diketahui akan keadaan nya tapi itu semua ketentuan Allah.
Khai,
Aku tidak pandai untuk menulis kata – kata puitis seperti
sajak kau itu namun sedikit sebanyak aku mengerti akan keperitan yang kau lalui
dan aku dapat merasakannya.Maaf kan aku,kalau aku telah membuat kau rasa
cemburu namun sebenarnya aku ingin sekali berkongsi rasa itu dengan kau
sekiranya kita masih bersama.
Dan....
Khai,sekiranya perhubungan kau dengan dia atau sesiapa
pun tidak kesampaian..aku tidak akan sesekali mengutuk kau...Di dalam dunia ini
sememangnya selalu terjadi perpisahan....bertemu dan berpisah..kalau tidak
kenal,maka tidak ada cintanya dan begitu lah dengan lain – lain nya...Yang
pasti,Allah telah pun memberikan kau petunjuk dan menyelamatkan kau dari
berkahwin dengan dia yang sememangnya tidak jujur dalam cintanya..Cinta suci
kau itu bukan untuk lelaki seperti dia atau lelaki – lelaki yang tidak pernah
menghargai kau di dalam kehidupan mereka....Ketahuilah,kau masih punya sahabat
handai yang setia dan sudi untuk membantu kau...Namun,aku dan mereka yang lain
itu terpaksa menerimanya, angkara lelaki – lelaki yang tidak bertanggungjawab itu..Ia
mungkin tidak adil untuk aku dan mereka tetapi tindakan kau itu takkan aku
pertikaikan dan aku terima sebab – sebab nya dengan redha....
Catatan Azuar
terhenti di situ dan sesekali dia cuba untuk menguntum senyum apabila
mengingati kenangan – kenangan yang mencuit hatinya ketika bersama Khai namun
semua itu tidak dapat memadamkan rasa sedihnya.
Khai,walaupun
aku terasa kehilangan kau yang amat sangat,
namun
semua kenangan – kenangan kita takkan luput dari ingatan ini.Ya Allah,kepada –
MU aku memanjatkan doa agar aku diberikan kekuatan untuk menghadapi semua ini
dan semoga kau akan menemukan kami kelak...Amin...
************************************
.:: Taken from : Tiada Ertinya by theAWAYwriter ::.
Comments
Post a Comment