Posts

Showing posts from July, 2017

To My Previous Ex

Image
Dear Ex, you are the reason why I know I deserve so much better.... Shared Link :  http://akuislam.com/blog/perkongsian-artikel/warkah-untuk-sang-mantan/ Assalamualaikum.. Kehadapan sang mantan yang berada di mana jua, moga kehidupanmu diredhai Allah. Aku masih di sini. Seperti biasa. Melewati masa-masa kehidupan dengan hati yang penuh tabah Pertama kali, aku ucapkan terima kasih kepadamu kerana kau telah meninggalkan aku. Terima kasih. Kau telah menyedarkan aku tentang dosa-dosa silamku. Kau telah mengingatkan aku betapa dosanya kita dulu, dipenuhi maksiat malah meninggalkan perintah Allah. Sang Mantan, Pada mulanya, aku menyesal dengan keputusanmu. Meninggalkan aku ketika hati masih sayang. Sungguh aku menyesal. Tapi cuba kita berfikir sejenak, selama kita bercinta, apa perintah Allah yang telah kita kerjakan bersama? Yang wajib? Tidak ada. Yang sunat, lagilah tiada. Pernah tak setiap kali kita keluar bersama, kita berhenti di mana-mana surau ...